Malaysia

Cuaca kembali stabil di Malaysia buat masa ini, tapi..

Cuaca negara dijangka kekal stabil untuk beberapa hari, namun episod hujan lebat Monsun Timur Laut boleh berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada luruan monsun dan kemasukan udara lembap.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip menjelaskan bahawa jarak masa antara setiap episod hujan lebat tidak menentu, tetapi amaran akan dikeluarkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal jika terdapat petanda cuaca buruk.

Beliau berkata kekuatan setiap episod bergantung kepada keadaan atmosfera seperti kewujudan tekanan rendah, pola angin dan tahap kelembapan.

Ramalan pula dibuat berdasarkan model cuaca berangka yang membantu mengesan perubahan awal sebelum disahkan pakar.

METMalaysia memastikan pemantauan dilakukan sepanjang masa dan akan mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan apabila terdapat tanda awal keadaan cuaca yang membimbangkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker