Cuba ragut rantai leher tapi terjatuh motosikal, lelaki ditahan di Setia Alam

Cubaan seorang lelaki meragut rantai leher seorang mangsa di Setia Alam, Shah Alam gagal apabila tindak balas pantas mangsa dan tindakan orang awam berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.
Insiden berlaku kira-kira jam 7.07 petang semalam di Jalan Setia Prima, ketika mangsa berusia 37 tahun sedang menuju ke keretanya. Suspek menaiki motosikal dan cuba meragut rantai mangsa, namun mangsa bertindak menarik semula rantainya, menyebabkan suspek terjatuh dari motosikal.
Suspek yang berusia 30 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap orang awam. Siasatan mendapati dia menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya. Suspek kini direman empat hari sehingga 7 Ogos.
Kejadian itu turut tular di media sosial melalui rakaman video yang menunjukkan pergolakan antara mangsa dan suspek.



