Malaysia
Cuti Aidilfitri sekolah hingga 9 hari

Pelajar sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti sehingga sembilan hari sempena Aidilfitri berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Cuti panjang itu berlaku apabila cuti Aidilfitri digabungkan dengan Cuti Penggal 1.
Bagi negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti bermula 19 Mac dengan tempoh rehat sehingga 28 Mac.
Sementara itu, negeri Kumpulan B termasuk Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan turut menikmati cuti tambahan pada 19 dan 20 Mac sebelum cuti penggal berlangsung hingga 29 Mac.




