Malaysia
Dakwaan al-Quran dipijak: Kerajaan Sabah arah siasatan segera

Kerajaan negeri Sabah mengarahkan siasatan segera susulan tular gambar memaparkan al-Quran dipijak serta diconteng dengan lukisan tidak senonoh di media sosial.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Exco Agama Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif memaklumkan tindakan itu diambil selepas dakwaan mengatakan perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang individu dari negeri berkenaan.
Beliau menegaskan kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menghina agama Islam kerana tindakan itu disifatkan biadab, melampau dan boleh mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam.




