Dunia
David Beckham terima gelaran ‘Sir’

Legenda bola sepak England, David Beckham, secara rasmi bergelar ‘Sir David Beckham’ selepas dikurniakan Darjah Kesatria (Knighthood) oleh Raja Charles di Istana Windsor.
Bekas bintang Manchester United berusia 50 tahun itu menerima pengiktirafan tersebut atas sumbangannya dalam bidang sukan dan kebajikan.
Beckham hadir ditemani isterinya, Lady Victoria, serta ibu bapanya, Ted dan Sandra.
Majlis berprestij itu turut menyerlahkan sisi elegan Beckham yang mengenakan sut rekaan isterinya sendiri.
Media antarabangsa melaporkan beliau meluahkan rasa bangga menerima penghormatan tertinggi negara itu.




