Malaysia
Didenda FIFA: FAM akui kesilapan teknikal serah dokumen pemain warisan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen pemain warisan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.
FAM menegaskan pemain-pemain warisan yang terlibat tetap sah sebagai rakyat Malaysia, namun isu teknikal itu kini menjadi perhatian serius persatuan.
Sebelum ini, media melaporkan FAM bersama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA mendapati FAM telah menyerahkan dokumen yang dipalsukan ketika proses pengesahan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka beraksi dalam perlawanan rasmi.




