Dua kemalangan libat peserta RXZ Members 7.0, seorang putus kaki

Seorang peserta RXZ Members dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Chukai, pagi tadi.
Insiden dipercayai membabitkan beberapa penunggang lain yang dalam perjalanan menuju ke Program RXZ Members 7.0 di Terengganu hujung minggu ini.
Kemalangan itu menyusul selepas satu lagi insiden berasingan malam tadi, apabila seorang penunggang dari Kahang Timur terjatuh di Jalan Endau-Pekan.
Mangsa dilaporkan cedera parah dengan putus kaki kiri selepas dipercayai dilanggar kenderaan lain sebaik terjatuh.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini memberi jaminan untuk memudahkan pergerakan peserta sepanjang acara berlangsung Litar Permotoran Gong Badak pada Sabtu.
JPJ juga menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf peranan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan.




