Malaysia

Dua lelaki dihukum 80 sebatan kerana ‘bersama’ dalam tandas

Mahkamah Syariah di Banda Aceh, Indonesia, menjatuhkan hukuman 80 sebatan terhadap dua lelaki selepas mereka ditangkap bercium dan berpelukan dalam tandas sebuah taman awam.

Kedua-duanya yang berusia 20 dan 21 tahun ditahan pada April lalu selepas penduduk nampak mereka masuk ke bilik air di sebuah taman sebelum memaklumkan kepada polis syariah yang sedang membuat rondaan.

Serbuan dilakukan dan pasangan itu ditangkap dalam keadaan berdua-duaan.

Mahkamah memutuskan tindakan mereka dikategorikan sebagai perbuatan seksual, sekali gus membawa kepada sabitan kesalahan di bawah undang-undang syariah Aceh.

Hukuman itu diumumkan Isnin lalu, dengan hakim menolak permohonan pendakwa yang menuntut 85 sebatan dan memilih hukuman lebih ringan kerana kedua-duanya tiada rekod kesalahan lampau serta bersikap baik sepanjang prosiding.

Sejak undang-undang syariah diperkenalkan di Aceh pada 2015, ini adalah kali kelima hukuman sebatan dijatuhkan atas kesalahan melibatkan homoseksual.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker