Elak anjing punya hal, Honda City rempuh 4 kenderaan dan rumah di JB

Seorang pemandu e-hailing berusia 26 tahun merempuh empat kenderaan, sebuah motosikal dan sebuah rumah selepas cuba mengelak seekor anjing dalam kejadian di Taman Permas Jaya, Johor Bahru, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, memaklumkan kemalangan berlaku pada jam 4.10 petang ketika pemandu kereta Honda City itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke kawasan perumahan.
Kenderaannya dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal, sebuah rumah dan tiga kereta yang diparkir.
Pemandu tidak cedera, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI). Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.




