Fella Design, Ashley rasmi bilik pameran di Ampang dengan sasar pengembangan agresif 2026
Peruncit perabot tempatan, Fella Design, mengukuhkan kedudukan jenama melalui strategi dwi-jenama bersama Ashley Furniture menerusi pembukaan bilik pameran bersama di Jalan Ampang Utama.
Ruang seluas kira-kira 20,000 kaki persegi itu menghimpunkan reka bentuk global Ashley dengan kepakaran fabrik dan keselesaan tempatan Fella, menawarkan pengalaman runcit lebih imersif di bawah satu bumbung.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fella Design Sdn Bhd, Yu Kong Cing, menyifatkan pembukaan ini sebagai pencapaian penting sempena ulang tahun ke-40 Fella Design serta menandakan 11 tahun kerjasama dengan Ashley di Malaysia.
Beliau berkata pertumbuhan Fella didorong inovasi reka bentuk, pemahaman keperluan pelanggan dan kerjasama antarabangsa strategik.
Bagi Ashley pula, pembukaan ini mencerminkan komitmen jangka panjang terhadap pasaran tempatan melalui model pelesenan global.
Naib Presiden Jualan Antarabangsa Asia Ashley Furniture, Jason Lee, berkata kedua-dua pihak telah menyesuaikan model perniagaan Amerika ke pasaran Malaysia sepanjang sedekad lalu.
Bilik pameran Fella Design & Ashley Furniture HomeStore Ampang kini dibuka kepada umum di Taman Ampang Utama, memperlihatkan langkah agresif Fella memperkukuh jenama tempatan melalui gabungan kepakaran global.




