Dunia
Fenomena ‘blind box’, Singapura perkenal akta bagi elak unsur judi

Singapura bakal menggubal peraturan khusus bagi mengawal penjualan ‘blind box’ selepas kajian dijalankan pihak berkuasa.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri bersama Penguasa Kawal Selia Perjudian (GRA) memutuskan untuk memperkenalkan garis panduan baharu bagi mengurus risiko dorongan perjudian yang dikaitkan dengan produk berkenaan.
Draf peraturan kini sedang disiapkan dan akan menetapkan syarat jelas bagaimana ‘blind box’ boleh ditawarkan kepada pengguna.
Langkah itu diambil susulan kebimbangan bahawa konsep pembelian secara rawak berpotensi menyerupai elemen perjudian.
Manakala pasaran global ‘blind box’ pula terus berkembang dan dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2033.




