Dunia
Gaji CEO paling tinggi, Solomon terima bayaran cecah RM186 juta

Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon menerima pakej bayaran AS$47 juta (RM186 juta) bagi 2025, meningkat 21 peratus berbanding AS$38 juta pada 2024.
Daripada jumlah itu, beliau menerima gaji pokok AS$2 juta manakala selebihnya adalah pampasan berubah-ubah.
Jumlah tersebut melebihi bayaran CEO JPMorgan, Jamie Dimon yang menerima AS$43 juta bagi tempoh sama.
Pihak Goldman Sachs memaklumkan ganjaran itu mengambil kira prestasi kukuh syarikat di bawah kepimpinan Solomon merangkumi perbankan, pasaran global serta pengurusan aset dan kekayaan.




