Gangguan isyarat jejaskan Laluan Kelana Jaya, tren Gombak–KLCC dihenti sementara

Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd di Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan susulan gangguan sistem semboyan antara Stesen Gombak dan Stesen Ampang Park.
Akibatnya, tiada perkhidmatan tren dari Stesen Gombak ke Stesen KLCC buat sementara waktu.
Rapid Rail memaklumkan tren dari Stesen Putra Heights kini berpatah balik di Stesen Pasar Seni, manakala tren perantara disediakan antara Stesen Pasar Seni dan Stesen KLCC.
Bas perantara ulang-alik percuma turut beroperasi melibatkan Stesen Gombak hingga KLCC termasuk Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato’ Keramat dan Damai.
Pasukan kejuruteraan sedang menjalankan kerja baik pulih, namun penumpang dijangka berdepan tempoh menunggu lebih lama terutama antara Stesen KLCC dan Stesen Pasar Seni.




