Malaysia
Gempa bumi di Segamat; tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan setakat ini

SEGAMAT, 24 Ogos –
Segamat dikejutkan dengan gegaran gempa bumi berukuran 4.1 magnitud kira-kira jam 6.13 pagi tadi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang memantau situasi secara rapat dan mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada bangunan yang tidak kukuh sebagai langkah berjaga-jaga, serta mematuhi arahan pihak berkuasa.
Onn Hafiz turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mendapatkan maklumat terkini yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)




