Malaysia
Gempa bumi kecil berlaku lagi di Segamat pada pagi Rabu

Satu lagi gempa bumi susulan berlaku di Segamat yang berukuran 3.2 magnitud pada pukul 8:59 pagi Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu, gegaran tersebut berlaku pada jarak 18 kilometer (km) Selatan Segamat dengan kedalaman 10 km.
Jelasnya, gegaran turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini.
Gegaran tersebut merupakan yang ketiga berlaku selepas gegaran pertama pada Ahad dengan magnitud 4.1 pada pukul 6.13 pagi sebelum gegaran kedua pukul 9 pagi hari sama.




