
Grok, chatbox kepintaran buatan (AI) Elon Musk menghasilkan kira-kira tiga juta imej seksual wanita dan kanak-kanak yang mana kebanyakannya melibatkan selebriti Hollywood.
Menurut data badan pemerhati maklumat berbahaya dalam talian, Center for Countering Digital Hate (CCDH), ciri penyuntingan pada Grok membenarkan pengguna mengubah imej sebenar manusia menerusi perintah teks mudah seperti ‘letak dia dalam bikini’ atau ‘tanggalkan pakaiannya’.
Lebih parah, daripada tiga juta imej lucah yang dijana, kira-kira 23,000 gambar kanak-kanak turut menjadi mangsa imej palsu deepfake lucah.
Ia menganggarkan Grok menjana jumlah imej fotorealistik itu dalam tempoh 11 hari dengan kadar purata 190 imej seminit.
Menurutnya, selebriti yang dikenal pasti dalam imej seksual Grok termasuk pelakon Amerika Syarikat (AS), Selena Gomez, penyanyi Taylor Swift dan Nicki Minaj serta ahli politik seperti Timbalan Perdana Menteri Sweden Ebba Busch dan bekas naib presiden AS Kamala Harris.




