Malaysia

Hajiji, Bung Moktar, Shafie selesai serah borang pencalonan, lebih 1.7 juta bakal mengundi

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, bersama beberapa pemimpin utama parti politik Sabah hari ini menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi PRN Sabah ke-17.

Hajiji mengemukakan pencalonan di Dewan Seri Sulaman, Tuaran untuk mempertahankan kerusi DUN Sulaman yang dimenanginya dengan majoriti 3,099 undi pada PRN lalu.

Di Kinabatangan, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyerahkan borang pencalonan untuk terus mempertahankan DUN Lamag, yang dimenanginya sebelum ini dengan majoriti 661 undi.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula hadir di Arena Masyarakat Semporna untuk mempertahankan DUN Senallang yang dimenanginya dengan majoriti 4,631 undi.

Di Membakut, Presiden PCS Tan Sri Anifah Aman mengemukakan pencalonan untuk DUN Bongawan, kali ini atas tiket GRS, selepas tewas di kerusi sama pada PRN lepas.

PRN Sabah kali ini membabitkan 1,784,843 pengundi berdaftar, termasuk lebih 24,000 anggota keselamatan dan pasangan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 25 November dan hari mengundi pada 29 November.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker