Malaysia

Indeks Perpaduan Negara 2025 capai sasaran, Pahang rekod skor tertinggi

Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025 mencatat skor 0.701, melepasi paras sederhana tinggi sekali gus berjaya mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan pencapaian ini mencerminkan pengukuhan berterusan semangat kebangsaan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

Mengikut negeri, Pahang merekodkan skor tertinggi iaitu 0.817, diikuti Melaka (0.816) dan Sarawak (0.791).

Kedah mencatat skor paling rendah dengan skor 0.593 sekali gus membawa Utara Semenanjung pada tahap 0.650, menjadi yang terendah mengikut peringkat wilayah.

Di peringkat wilayah lain, Sarawak turut mencatat skor tertinggi 0.791 hasil hubungan sosial pelbagai etnik dan agama yang harmoni.

Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung merekodkan skor kedua tertinggi 0.741, didorong kekuatan hubungan kejiranan dan nilai kekitaan yang utuh.

Sabah dan Labuan pula mencatat 0.726 berasaskan sikap terbuka serta budaya toleransi masyarakat berbilang etnik.

Antara faktor utama yang menyumbang kepada perpaduan ialah tadbir urus dan pembangunan, diikuti Etos Nasional, tahap keetnikan serta hubungan sosial rentas etnik yang terus memperkukuh keharmonian negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker