Influenza di Israel semakin kritikal, kes meningkat lima kali ganda

Israel kini berdepan peningkatan mendadak kes influenza sehingga memaksa pasukan kawalan wabak negara itu mengadakan mesyuarat kecemasan.
Penularan bermula lebih awal tahun ini dan dilaporkan lima kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.
Data menunjukkan 25% sampel PCR bagi virus pernafasan dikesan positif Influenza A, berbanding hanya 5% pada tahun sebelumnya.
Dalam minggu berakhir 29 November sahaja, 394 kes baharu Influenza A direkodkan di 14 hospital, dengan kanak-kanak menyumbang lebih 160 kes.
Kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan sekolah juga tinggi, masing-masing mencecah 59% dan 50% daripada ujian yang dijalankan.
Wabak ketika ini didominasi subjenis Influenza A(H3N2) yang boleh menyebabkan demam, batuk, sakit tekak serta komplikasi pernafasan lebih teruk, terutama kepada individu berisiko tinggi.




