Malaysia

‘Inspektor Sheila’ disiasat lagi selepas dakwa polis ugut warga asing

Seorang wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila sekali lagi disiasat selepas didakwa memperlekeh dan mengganggu tugas anggota polis trafik yang sedang menjalankan tangkapan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam di hadapan restoran makanan segera di kawasan Chow Kit apabila anggota polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun yang memandu tanpa lesen.

Ketika anggota berkenaan sedang menjalankan siasatan, wanita terbabit tiba-tiba datang dari arah belakang dan menuduh polis tersebut mengugut pemandu berkenaan.

Video tular di media sosial menunjukkan wanita itu turut mempertikaikan kredibiliti anggota bertugas serta mendakwa polis berkenaan tidak memahami undang-undang. Tindakannya disifatkan sebagai menghina dan mengganggu penjawat awam yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Berikutan insiden itu, anggota polis terbabit membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Menurut Datuk Fadil, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan terhadap wanita berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Sheila Sharon, seorang pegawai polis yang pernah ditahan kerja pada 23 Jun 2023.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker