Dunia
Ronaldo tak ingat jumlah kereta mewah dimiliki selepas beli Bugatti baharu

Cristiano Ronaldo menambah satu lagi jentera mewah, Bugatti Tourbillon bernilai £3.2 juta (RM17.5 juta), ke dalam koleksi keretanya yang kini dianggarkan mencecah £22 juta (RM120 juta).
Pemain berusia 40 tahun itu mengakui sudah tidak ingat jumlah sebenar kereta dimilikinya, yang dianggarkan sekitar 40 buah dan kebanyakannya disimpan di garajnya di Arab Saudi.
Bugatti terbaharu itu dibeli sebagai pelaburan, sekali gus menambah nilai kepada koleksi supercar mewah miliknya yang terus berkembang.




