Dunia

Hero insiden tembakan Bondi Beach kini jutawan baharu

Seorang lelaki yang dipuji sebagai wira dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia kini bergelar jutawan baharu selepas menerima sumbangan orang ramai melebihi A$2.5 juta (kira-kira RM7.8 juta).

Lelaki berkenaan, Ahmed al Ahmed, bertindak berani apabila menyerbu dan merampas senjata seorang penyerang, sekali gus menyelamatkan ramai nyawa dalam kejadian berdarah itu.

Beliau turut cedera ditembak oleh suspek kedua dan masih menerima rawatan di hospital.

Dana berkenaan dikumpul melalui kempen derma dalam talian yang disertai lebih 43,000 penyumbang dari seluruh dunia, termasuk tokoh korporat antarabangsa.

Sumbangan itu diserahkan kepadanya ketika menerima rawatan di hospital.

Keberanian Ahmed turut mendapat pengiktirafan pemimpin tertinggi Australia yang hadir melawatnya di hospital.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker