Dunia

Bilik berita dibakar dalam rusuhan di Bangladesh

Rusuhan tercetus di Bangladesh susulan kematian seorang pemimpin belia berusia 32 tahun, Sharif Osman Hadi, hingga mengakibatkan bilik berita dan pejabat media dibakar di ibu negara, Dhaka.

Sekumpulan penunjuk perasaan bertindak menyerang serta membakar pejabat akhbar Prothom Alo dan The Daily Star sekitar tengah malam, menyebabkan kakitangan media terperangkap dan terpaksa menyelamatkan diri ke bumbung.

Sekurang-kurangnya 25 wartawan The Daily Star berjaya diselamatkan selepas beberapa jam dengan bantuan tentera dan pasukan bomba, manakala keadaan dikawal sepenuhnya pada awal pagi.

Tentera Bangladesh kini ditempatkan bagi mengawal kawasan terlibat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker