Malaysia

Inspektor Sheila ‘sound’ wartawan di mahkamah tangkap gambar tanpa kebenaran

Pegawai polis kontroversi, Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar, mencuri perhatian sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan menghalang tugas penjawat awam.

Tampil dengan blaus dan skirt, Sheila yang berusia 37 tahun tiba menaiki van polis putih diiringi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Pada mulanya, suasana kelihatan mesra apabila Sheila menegur media dengan sapaan ramah.

Namun, nada berubah apabila dia menegur keras seorang jurugambar yang merakam gambarnya tanpa kebenaran, sambil mengingatkan bahawa ia melanggar hak peribadinya.

Sheila kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret susulan insiden tular awal November lalu, apabila dia didakwa memperlekeh dan menengking anggota polis yang sedang menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh yang memandu tanpa lesen.

Susulan laporan yang dibuat oleh salah seorang anggota polis terlibat, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker