Malaysia

Warga Singapura untung ribuan ringgit sehari pandu e-hailing haram di Malaysia

Empat warga Singapura ditahan JPJ selepas dikesan membawa masuk penumpang dengan kenderaan mewah untuk perkhidmatan e-hailing tanpa lesen sah.

Tangkapan dibuat dalam Ops Khas E-hailing Kenderaan Asing melibatkan Toyota Alphard, Toyota Vellfire, van Hiace dan Honda Spada yang dipercayai digunakan khusus bagi membawa pelancong.

Hasil siasatan mendapati mereka mengenakan caj tinggi, termasuk SGD180 (RM590) dari Singapura ke JB Sentral dan hingga SGD1,200 (RM3,935) bagi perjalanan ke Ipoh.

Aktiviti itu membolehkan pemandu terbabit meraih ribuan ringgit sehari, namun dianggap berbahaya kerana kenderaan tiada permit, cukai jalan Malaysia dan perlindungan sah untuk penumpang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker