Malaysia

Tiong King Sing gesa Kastam fokus banteras arak seludup, bukan koleksi peribadi

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing menegur Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah menyimpan terlalu banyak arak di rumah boleh menyalahi undang-undang.

Menurutnya, undang-undang sedia ada tidak menetapkan had maksimum simpanan arak untuk kegunaan peribadi, justeru tindakan itu tidak wajar dianggap sebagai satu kesalahan.

Beliau menegaskan, rakyat tidak seharusnya dilihat seperti penjenayah hanya kerana memiliki koleksi arak yang banyak, sama ada untuk kegunaan sendiri, hobi, mahupun simpanan keluarga.

Malah, arahan supaya resit pembelian disimpan selama tujuh tahun juga dianggap tidak praktikal kerana setiap botol sudah mempunyai label rasmi yang membuktikan cukai telah dibayar.

King Sing turut mengingatkan bahawa penguatkuasaan sepatutnya memberi tumpuan kepada isu penyeludupan arak yang kian berleluasa di pasaran, bukannya menggeledah rumah rakyat biasa.

Beliau menegaskan, lambakan arak seludup yang tidak selamat jauh lebih berbahaya kerana boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan pengguna.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker