Malaysia

Lelaki ditarik dari motosikal dalam video tular positif dadah, miliki air ketum

Polis mengesahkan lelaki yang tular selepas dilihat ditarik dari motosikal oleh seorang anggota polis dalam satu video berdurasi 29 saat didapati positif dadah. Kejadian itu berlaku di Jalan Sungai Ular, Kulim, kira-kira jam 11 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, suspek bertindak agresif apabila cuba ditahan dengan melawan serta menendang motosikal anggota polis sebelum melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal suspek menemukan dua paket plastik lutsinar yang disyaki mengandungi air ketum. Ujian air kencing awal turut mendapati suspek positif methamphetamine. Polis memaklumkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker