Sijil kelahiran lama tulisan tangan tak lagi sah, orang ramai digesa tukar segera

Dokumen sijil kelahiran lama yang ditulis tangan atau dicetak pada kertas kecil berwarna pudar kini tidak lagi diterima untuk urusan rasmi dan perlu diperbaharui segera di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurut perkongsian yang tular, ramai hanya menyedari perkara itu ketika mahu membuat urusan penting seperti pengesahan dokumen, permohonan rasmi atau urusan melibatkan agensi kerajaan.
Pegawai akan meminta pemilik sijil lahir lama untuk menukarnya terlebih dahulu sebelum proses lain dapat diteruskan.
Proses penukaran sijil kelahiran kini hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja bagi setiap sijil. Pemohon hanya perlu membawa sijil kelahiran asal, satu salinan MyKad serta hadir ke mana-mana cawangan JPN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berdekatan.




