Malaysia

Isu dua video fitnah, Farhash saman Rafizi RM10 juta

Ahli perniagaan Datuk Wira Farhash Wafa Salvador mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, menuntut ganti rugi RM10 juta berhubung dua video di media sosial yang didakwa memfitnah serta menjejaskan reputasinya.

Saman yang difailkan pada 10 Oktober itu menyatakan video pertama dimuat naik pada 25 Julai ketika timbul dakwaan kononnya beliau terbabit salah laku penerokaan mineral di Sabah, namun SPRM kemudian membersihkannya daripada tuduhan tersebut.

Video kedua pula dimuat naik pada 20 Ogos, mengaitkan serangan jarum suntikan terhadap anak Rafizi dengan pertemuan beliau bersama pemberi maklumat mengenai skandal didakwa melibatkan Farhash dan syarikatnya.

Farhash mendakwa kenyataan itu memberi kesan besar kepada imej dan keyakinan pelabur terhadap syarikat yang dikaitkan dengannya, sekaligus menjejaskan peluang perniagaan masa depan.

Rafizi sebelum ini enggan memohon maaf dan bertegas mempertahankan kenyataannya di mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker