Malaysia

Lelaki bersama ibu berusia 82 tahun maut dalam kebakaran PPR

Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu di Jalan Dato Senu, Sentul, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 7.18 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Gombak Selatan digerakkan ke lokasi.

Kebakaran melibatkan sebuah unit rumah dengan dua mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dan ibunya berusia 82 tahun.

Kedua-dua mangsa ditemui di dalam tandas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan enam aliran daripada pam jentera dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.27 pagi, dengan anggaran kemusnahan kira-kira 40 peratus.

Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker