Isu rasuah: Shamsul Iskandar, Albert Tei bergari dan berbaju oren tiba di mahkamah

Dua individu utama dalam siasatan kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei dibawa ke Kompleks Mahkamah Putrajaya pagi ini dalam keadaan bergari dan berpakaian lokap oren.
Mereka tiba dengan van SPRM sekitar jam 9 pagi bagi prosiding permohonan reman berkaitan siasatan klip video membabitkan seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong dan Albert.
Albert berada di hadapan ketika dibawa turun dari van dan dilihat meluahkan rasa tidak puas hati, manakala Shamsul Iskandar hanya berjalan masuk tanpa sebarang reaksi.
Kedua-duanya kini disiasat susulan dakwaan yang mengaitkan hubungan kewangan dan perbualan antara mereka.
SPRM sebelum ini mengesahkan Albert ditahan kerana dianggap individu paling penting dalam siasatan melibatkan Shamsul.
Beliau turut diserahkan notis di bawah Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah, yang membolehkan pihak berkuasa menafikan akses kepada peguam sepanjang siasatan.




