Malaysia

Isu sondol tidak wujud, Bella Astillah minta henti kecam Ami Ilana

Bella Astillah meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap Ami Ilana selepas wanita itu dituduh sebagai orang ketiga dalam hubungannya dengan Syed Saddiq.

Bella menegaskan tuduhan netizen tidak berasas dan isu tersebut hanya tercetus selepas segelintir pihak melabel Ami tanpa membuat semakan.

Beliau menjelaskan hubungan mereka sebenarnya baik dan tidak berlaku sebarang perebutan seperti yang digembar-gemburkan.

Bella turut meminta netizen berhenti menyerang ahli keluarga, termasuk individu dikenali sebagai Kak Tasha, kerana mereka tidak terlibat dan tidak berniat buruk.

Isu itu timbul selepas dakwaan tular di media sosial kononnya hubungan Bella dan Syed Saddiq diganggu seorang wanita rapat dengan mereka, termasuk spekulasi membabitkan ibu Ahli Parlimen Muar itu.

Walaupun pasangan itu sering dilihat bersama melalui kerjasama jenama, kedua-duanya sebelum ini menegaskan mereka hanyalah kawan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker