
Jenazah anak sulung pelakon Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 23, selamat dikebumikan pada jam 10.45 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang hari ini.
Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Al Khairiah Keramat AU3 sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat dan rakan artis hadir memberi penghormatan terakhir.
Andre meninggal dunia pada jam 10.15 malam Isnin di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga.
Pemergiannya memberi kesan mendalam kepada keluarga serta kenalan terdekat yang mengikuti perjuangannya melawan penyakit tersebut.


