Malaysia
Protes di Nepal boleh berlaku di Malaysia jika rasuah tak dibendung – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberi amaran bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi pergolakan seperti Nepal sekiranya rasuah terus berleluasa.
Merujuk kepada protes besar-besaran antirasuah di negara itu pada September lalu yang menyaksikan puluhan kematian serta bangunan kerajaan dan kediaman pemimpin dibakar hingga memaksa perdana menterinya meletak jawatan.
Beliau berkata kejadian tersebut membuktikan kemarahan rakyat mampu menggugat kestabilan negara apabila hilang kepercayaan terhadap institusi.
Azam menegaskan bahawa rakyat tidak boleh membiarkan Malaysia sampai ke tahap itu dan semua pihak perlu mempertahankan integriti sebelum ketidakadilan mencetuskan kemarahan berjemaah.



