Malaysia
Polis siasat motif 20 mat motor ekori rapat Myvi di Puchong
Polis menyiasat insiden kira-kira 20 penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Perodua Myvi di Batu 13, berhampiran Plaza Tol Puchong, awal pagi Ahad.
Pengadu, seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun, membuat laporan kira-kira jam 4 pagi selepas keretanya dikepung kumpulan terbabit.
Rakaman video 29 saat kejadian turut tular, memaparkan motosikal bergerak rapat di kedua-dua sisi serta hadapan kereta seolah-olah cuba menghalang laluan.
Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sekumpulan penunggang motosikal namun motif sebenar belum dipastikan.
Polis kini sedang mengenal pasti dan mengesan semua suspek terlibat untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 427 dan 279 Kanun Keseksaan.


