Dunia

Jepun lapor kes pertama virus mpox 

Seorang wanita berusia 20-an dengan sejarah perjalanan ke Afrika disahkan dijangkiti mpox di Kobe, Jepun.

Ujian genetik menunjukkan beliau dijangkiti strain Clade 1b, menjadikan ia kes pertama pengesanan jenis virus berkenaan di negara matahari terbit itu.

Kementerian Kesihatan pada Selasa memaklumkan, strain itu diketahui menular di beberapa kawasan di Afrika Tengah.

Pesakit berkenaan mengalami demam dan ruam kulit sebelum mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Kobe pada 12 Sept.

Pihak berkuasa berkata setakat ini tiada petunjuk berlaku penularan dalam komuniti di Jepun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker