Malaysia

Hisap rokok berisi ketamin di Thailand, balik Malaysia calon SPM antara ditahan AADK

Pemeriksaan dibuat menerusi operasi bersepadu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah baru-baru ini membawa kepada penahanan enam remaja berusia 17 tahun hingga 19 tahun yang disahkan positif dadah.

Salah seorang daripadanya merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana mereka ditahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, petang Selasa.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad berkata, kesemua remaja itu ditahan ketika pulang dari negara jiran selepas bercuti.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua remaja itu positif dadah. Siasatan awal menunjukkan mereka dipercayai menghisap rokok berisi ketamin di sebuah pusat hiburan di negara jiran.

Calon SPM berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang juga mengaku ini merupakan kali kedua dia terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas pengalaman pertama ketika masuk ke negara jiran sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker