Malaysia

Johor lancar mata wang stablecoin RMJDT, usaha perkukuh ringgit

Johor mencipta sejarah dengan pelancaran RMJDT, stablecoin pertama negara yang disandarkan kepada ringgit dan dibangunkan di atas rantaian blok Zetrix di bawah Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI).

Inisiatif ini diterajui Bullish Aim Sdn Bhd, syarikat milik Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, melalui kerangka ‘sandbox’ aset digital yang diluluskan kerajaan bagi memastikan pematuhan dan kawal selia.

RMJDT digerakkan sebagai usaha mengukuhkan penggunaan ringgit dalam perdagangan rentas sempadan serta menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia, seiring perkembangan global ke arah tokenisasi dan ekonomi digital.

Untuk menjamin kestabilan stablecoin ini, Bullish Aim menubuhkan Digital Asset Treasury Company (DATCO) dengan peruntukan awal RM500 juta dalam token Zetrix, yang akan ditingkatkan sehingga RM1 bilion.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker