Dunia

Justin Trudeau, Katy Perry dilihat makan malam bersama di Montreal

Bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan penyanyi terkenal, Katy Perry dilaporkan menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Montreal awal minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh perunding komunikasi restoran Le Violon, Samantha Jin, yang memaklumkan pasangan itu berada di restoran selama kira-kira dua jam pada malam Isnin.

Menurut Jin, tiada tanda-tanda hubungan romantik antara mereka dan mereka kelihatan tenang serta tidak diganggu oleh staf atau pelanggan lain.

Mereka turut menikmati menu istimewa chef termasuk tuna, tartar stik, udang galah, asparagus dan kambing sebagai hidangan utama.

Perry kini dalam siri jelajah dengan beberapa persembahan di Kanada, sementara Trudeau berpisah dengan isterinya Sophie Grégoire pada 2023.

Sebelum beredar, kedua-duanya sempat masuk ke dapur untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan restoran. Tiada kenyataan lanjut diberikan oleh wakil Trudeau atau Perry.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker