Malaysia

Kanak-kanak 6 tahun mangsa kebakaran rentung dalam bilik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Patau, Tambunan, Keningau awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan, Mitchell Francis George memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.08 pagi sebelum lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer.

Kebakaran itu turut melibatkan tiga kenderaan. Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di dalam bilik, manakala seorang lagi mangsa cedera ketika cuba menyelamatkan diri.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, sementara mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker