Kanak-kanak maut selepas kereta dipandu ibu bertembung MPV polis

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas kereta dipandu ibunya bertembung dengan kereta peronda polis di Puncak Jelapang, Jalan Ipoh–Lumut, petang semalam.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 3.35 petang apabila Perodua Kelisa dipandu Wong Mee Gee, 34, dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kereta peronda polis Honda Civic yang dalam perjalanan dari Lumut ke Jelapang.
Mangsa, Chong Zee Han, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 4.32 petang, manakala ibunya cedera di bahagian muka.
Kemalangan itu turut mengakibatkan dua anggota polis berusia 42 dan 48 tahun mengalami kecederaan di kaki, patah bahu kiri serta luka di kelopak mata. Keempat-empat mangsa dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




