Malaysia

Kanak-kanak tadika Islam buat pakcik berbangsa Cina mengalir air mata

Sekumpulan kanak-kanak tadika Islam mencuit hati ramai apabila mengunjungi rumah seorang warga emas Cina di Taman Limbongan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Dalam lawatan itu, murid-murid Pasti Al Falah Limbongan bersama guru mereka berjalan dari rumah ke rumah menyampaikan bungkusan makanan kepada keluarga Cina di kawasan berkenaan sebagai tanda muhibah.

Salah satu momen paling menyentuh hati apabila seorang lelaki warga emas yang tinggal bersendirian dilihat sebak sebaik menerima kunjungan dan sumbangan daripada kanak-kanak tersebut.

Dia melambai sebelum masuk semula ke rumahnya, dipercayai terharu dengan perhatian yang diberikan.

Perkongsian video lawatan itu tular di media sosial, dengan ramai meluahkan rasa tersentuh melihat semangat perpaduan dan kasih sayang yang ditunjukkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker