Malaysia

Kedai emas dirompak empat lelaki, kerugian hingga RM1 juta

Sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Sungai Petani, dirompak empat lelaki pada kira-kira jam 7.20 malam Rabu, dengan kerugian dianggarkan antara RM700,000 hingga RM1 juta.

Suspek yang memakai topi keledar memecahkan tiga kotak pameran menggunakan tukul dan objek tajam sebelum melarikan barang kemas. Dua suspek masuk ke premis, manakala dua lagi menunggu di motosikal.

Beberapa barang kemas ditemui dan diserahkan kepada polis selepas orang awam cuba mengejar suspek. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana suspek mungkin memiliki senjata.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker