Malaysia

Keputusan penjara Najib: PM tegas jangan keruhkan suasana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan pengasingan kuasa susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan permohonan Titah Adendum oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menekankan kebebasan badan kehakiman perlu dihormati dan semua pihak wajar menerima keputusan mahkamah, selain menggunakan saluran perundangan yang tersedia secara tertib tanpa mengeruhkan suasana dalam keadaan sensitif.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah selepas memutuskan tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan mekanisme tersebut.

Mahkamah turut memutuskan kuasa pelepasan banduan adalah tertakluk kepada budi bicara statutori Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker