Malaysia

Kerajaan anjak sedikit pelaksanaan subsidi bersasar RON95

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 yang dijadualkan sebelum ini perlu dianjak susulan penelitian terperinci terhadap mekanismenya.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, kerajaan sedang memperhalusi setiap aspek pelaksanaan bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada majoriti rakyat.

Perdana Menteri turut menekankan keperluan untuk mengelakkan dasar-dasar yang membebankan rakyat, seperti yang dibincangkan dalam sesi Pemukiman Ahli Parlimen baru-baru ini.

Justeru, beberapa dasar termasuk penyasaran subsidi diesel dan peluasan skop SST telah melalui penyesuaian selepas pengumuman awal dibuat.

Bagi subsidi RON95, walaupun ia dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini, proses perancangannya kini masih berada di peringkat akhir.

Pendekatan ini diambil bagi memastikan sistem pelaksanaan lebih menyeluruh serta mengekang ketirisan, di samping memastikan kumpulan berpendapatan tinggi turut menyumbang secara adil kepada ekonomi negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker