Malaysia

Kerajaan berjaya kurangkan hutang baharu negara kepada RM77 bilion – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan berjaya mengurangkan hutang baharu tahunan negara kepada RM77 bilion bagi tahun 2024, berbanding RM99 bilion pada 2022.

Sejajar dengan komitmen untuk mengurus fiskal secara lebih berhemah, penurunan hutang ini turut seiring dengan pengurangan defisit fiskal negara daripada 5.5% pada 2022 kepada 4.1% pada 2024 dan disasarkan turun lagi kepada 3.8% tahun ini.

Kerajaan mengambil pendekatan berperingkat agar pembangunan tidak terjejas dan keyakinan pasaran kekal terpelihara.

Walaupun bayaran faedah hutang lama masih belum dapat dikurangkan, kerajaan menekankan bahawa pengurusan hutang baharu adalah terkawal dan tidak membebankan.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam atas pencapaian Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD 2025, ke kedudukan ke-23 dunia iaitu prestasi terbaik sejak 2020.

Selain itu, laporan IMF juga mengiktiraf usaha Malaysia dalam reformasi fiskal, termasuk pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker