Malaysia

Kes HIV hubungan sejenis meningkat – KKM

Jumlah keseluruhan jangkitan HIV baharu di Malaysia menunjukkan penurunan, namun kes yang berpunca daripada hubungan sejenis dilaporkan meningkat pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan 3,185 kes baharu HIV direkodkan bagi tahun 2024, sedikit menurun berbanding 3,222 kes pada 2023.

Namun, daripada jumlah itu, sebanyak 2,037 kes dikesan melalui hubungan homoseksual dan biseksual iaitu peningkatan dua peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebaliknya, jangkitan HIV akibat perkongsian jarum dan alat suntikan tercemar terus menurun secara konsisten sejak pelaksanaan Program Pengurangan Mudarat pada 2005, daripada 66 peratus (4,038 kes) pada 2005 kepada hanya 2.4 peratus (77 kes) tahun lalu.

Secara keseluruhan, kadar jangkitan HIV baharu di negara ini telah berkurang lebih 50 peratus dalam tempoh dua dekad, namun peningkatan kes melibatkan hubungan sejenis menunjukkan keperluan pendekatan baharu dalam usaha pencegahan dan kesedaran awam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker