Malaysia

Kes tikam pelajar: Suspek ada masalah pembelajaran, namun beri kerjasama penuh kepada polis

Remaja lelaki yang disyaki menikam pelajar perempuan hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, disahkan mempunyai masalah pembelajaran dan pernah mengikuti sesi kaunseling pemulihan di sekolah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, menegaskan bahawa isu kesihatan mental suspek tidak boleh dispekulasikan kerana ia perlu dirujuk kepada pakar bertauliah.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa pihak sekolah mengabaikan keadaan suspek, sebaliknya menyatakan ia melibatkan aspek pembelajaran, bukan personaliti atau gangguan mental.

Menurut Shazeli, suspek memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan, dengan polis kini sudah merekodkan 59 keterangan saksi, termasuk dua rakan mangsa. Laporan bedah siasat terperinci dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan.

Suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam masa sama, Polis Diraja Malaysia turut menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah rendah dan menengah bagi memperkukuh aspek keselamatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker