Malaysia

UM cipta sejarah, Universiti pertama Malaysia tembus 200 terbaik dunia

Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah selepas menjadi universiti pertama Malaysia berjaya menembusi kelompok 200 terbaik dunia dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2027.

Dalam ranking yang diumumkan, UM berada di kedudukan ke-194 dunia.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan UM dalam ranking 2023, apabila universiti berkenaan berada dalam kelompok 351 hingga 400 dunia. UM juga kekal sebagai universiti Malaysia dengan kedudukan tertinggi dalam ranking THE.

Untuk edisi 2027, sebanyak 2,297 universiti dari seluruh dunia dinilai dan disenaraikan. Kedudukan ke-194 meletakkan UM dalam kelompok kira-kira 8.5 peratus universiti terbaik dunia.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata pencapaian itu mencerminkan kekuatan seluruh warga universiti serta memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap pendidikan tinggi duni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker