Malaysia

Kes tikam pelajar: Suspek beli pisau, kerambit secara dalam talian tanpa pengetahuan keluarga  

Polis mengesahkan dua senjata yang dirampas susulan kejadian tikaman membabitkan pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya dipercayai diperoleh suspek melalui platform atas talian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Dua memiliki sebilah pisau dan sebilah kerambit yang dibeli sendiri secara dalam talian.

Siasatan mendapati hanya pisau digunakan ketika kejadian, manakala kerambit tidak digunakan.

Beliau memaklumkan keluarga suspek tidak mengetahui langsung mengenai pemilikan senjata berkenaan dan polis sedang menyiasat sejak bila senjata itu dibeli.

Pemeriksaan awal turut mendapati tiada prosedur pemeriksaan beg dijalankan ke atas pelajar sebelum memasuki kawasan sekolah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker